Friday 19 August 2016

yusapd: BLOG PENGAJIAN AM CIKGU MOHD KARIZAM: Karangan : K...

yusapd: BLOG PENGAJIAN AM CIKGU MOHD KARIZAM: Karangan : K...: BLOG PENGAJIAN AM CIKGU MOHD KARIZAM: Karangan : Kebaikan : Pendahuluan        Pada masa ini, penggunaan laman sosial melalui internet a...

Latihan Tatabahasa-Pola Ayat

Tatabahasa (Pola Ayat Dasar)
Nota
Pola Ayat Dasar dalam Bahasa Melayu dapat dipecahkan kepada 4 pola ( berdasarkan predikat ayat), iaitu :
i. Frasa Nama + Frasa Nama (FN + FN)
Cikgu Faridah guru Bahasa Melayu kelas kami.

ii. Frasa Nama + Frasa Kerja (FN + FK)
Kami sedang belajar Bahasa Melayu bersama cikgu Faridah.

iii. Frasa Nama + Frasa Adjektif (FN + FA)
Cikgu Faridah baik hati.

iv. Frasa Nama + Frasa Sendi Nama ( FN + FS)
Pejabat saya di Kuala Lumpur.

Latihan
Nyatakan pola ayat dasar bagi setiap ayat di bawah.

i. Bunga itu sungguh cantik dan berbau harum.

ii. Jam tangan itu untuk emak sempena hari lahirnya.

iii. Pelajar kelas 5 Budiman sedang mengulangkaji pelajaran.

iv. Kucing peliharaan saya bernama Si Comel.

v. Adik saya sangat comel dan manja.

vi. Kami sekeluarga akan ke Kuala Lumpur hujung minggu ini.






Latihan 1 :
Nyatakan pola ayat dasar bagi setiap ayat di bawah.
1. Pemuda itu sedang menari.

2. Encik Zahid seorang jurutera.

3. Cikgu Latifah guru bahasa Melayu kami

4. Rumah saya di Taman Johor Jaya.

5. Kakak saya sedang membaca buku.

6. Kasut Ali sudah buruk

Latihan 2 ;
Nyatakan pola ayat dasar bagi setiap ayat di bawah.
1. Penyanyi itu jiran saya.

2. Nasi lemak Mak Minah sangat sedap

3. Emak sedang menanak nasi di dapur

4. Pokok itu pokok rambutan

5. Dewan sekolah saya sangat besar.

6. Baju saya berwarna merah hati.



Latihan 3 :
Nyatakan pola ayat dasar bagi setiap ayat di bawah.
1. Tulisan Nabil sangat kemas.

2. Rumah Ahsan rumah batu.

3. Kampung datuk Afiq di Pasir Gudang

4. Bapa Naim seorang guru.

5. Syazwan dan Akmal sedang berbual-bual

Watak Utama Novel Songket Berbenang Emas



Dahlia

Anak sulung dan harapan keluarga. Dia mempunyai lima orang adik

Seorang yang bakal menduduki STPM

Pelajar  di  Sekolah  Menengah  Kebangsaan  Temenggung Ibrahim (Ting.  6)  dan Sekolah Menengah Tun Ismail (Ting.1 – Ting.5)

Tertekan dengan masalah yang menimpa keluarganya

Seorang yang bijak. Cikgu Hisyam yakin Dahlia akan cemerlang dalam STPM. Dahlia  merupakan  pelajar  harapan  sekolah.  Dahlia mendapat  tawaran untuk melanjutkan pelajaran di Jepun.

Hidup dalam suasana kemiskinan. Selalu berhutang dengan Tauke Lim.

Ibunya menghidap penyakit kemurungan.

Bapanya dipatuk ula.

Seorang  yang  tidak  sombong. Dia melayan  Aton  yang  menyindirnya ketika dihantar pulang oleh Azhari.

Seorang  yang  taat  akan  perintah  Allah. Buktinya dia berdoa selepas  sembahyang  Isyak.

Seorang yang penyayang. Dia sanggup keluar dari asrama untuk menguruskan adik-adiknya.

Seorang  yang  menghormati  tetamu  –memberi  layanan  yang  baik kepada tetamu menghidangkan air walaupun neneknya tidak suka akan keluarganya. Dia juga  menghidangkan  air  bujang  ketika  Kavita  dan Najib  berkunjung  ke rumahnya.

Seorang  yang  menjaga  tatasusila  budaya. Dahlia akur  kepada budaya  Melayu yang melarang keras perbuatan membantah kata-kata orang tua.

Seorang  yang  berani.   Dahlia  terjun  ke  dalam  sungai  untuk menyelamatkan Said.

Seorang yang berjiwa kuat dan mampu menghadapi setiap dugaan.

Seorang yang bertanggungjawab. Dahlia bertanggungjawab menjaga makan minum abah dan adik-adiknya setelah emaknya dirawat di hospital.

Watak Perwatakan Novel Jendela Menghadap Jalan



 Watak Utama
 

Lili 
Lepasan sekolah menengah 
Tidak gembira pulang ke kampung datuk dan neneknya 
Berpura-pura menjaga hari ibunya 
Rajin membaca buku panduan pemakanan sayur-sayuran dan buah-buahan 
Akur cakap orang tua 
Suka berkawan dan peramah 
Menjadi teman baik Geetha 
Cepat bersimpati dengan orang lain iaitu Haziq dan Rafiq anak Che Jah yang nakal, 
Prihatin dan meminta bantuan Kak Hamimah supaya mengambil tindakan terhadap suami Che Jah yang melakukan jenayah keganasan rumah tangga 
Mesra dengan Danel dan sama-sama berbincang untuk pembinaan masjid baru di kampungnya itu.


Watak Sampingan 
  Datuk (Haji Abdul Rahman) 
Pakar akar kayu dan ubat tradisional  
Jadi sumber rujukan masalah kesihatan penduduk kampung
Berjaya sembuhkan Letchumi daripada sakit teruk dengan herba yang dibuat oleh Datuk     
Ajar Lili ilmu kegamaan
Menguji Lili dengan ilmu agama
Sayang akan pekerjaannya mengumpulkan akar kayu
Berjaya mengislamkan William
Dahulu orang mendengar cakap Datuk tetapi sekarang tidak
Berumur 70 tahun
Rajin beribadat, solat, zikir dengan tasbih
Rajin membaca kitab
Berjaya mengubati lima orang dari Kuala Lumpur menggunakan herba
Tidak balik malam kerana mencari herba Di hutan
Pandai mengurut (mengurut Danel)


Danel
Anak William
Jelaskan isu pembinaan kubah surau
Jelaskan kebaikan rawatan moden
Berhujah dengan berhemah supaya Datuk tidak berkecil hati
Percaya perubatan moden
Akrab Dengan Datuk
Menulis artikel tentang buah pisang di Tenom Sabah
Sering membantu Nenek memasak
Memasak menggunakan pisang
Bantu menyelamatkan Lili daripada diculik.


Nenek (Hajah Aisyan Tan Abdullah)
Kurang yakin dengan ubat tradisional yang Datuk sediakan
Isteri kepada Datuk
Percaya pantang larang (terbalikkan semua cermin untuk terbalikkan mata kilat)
Bakar kulit bawang putih untuk bau harum dalam rumah
Suka menyindir Datuk tentang ubat tradisional.
Pandai memasak dan masakannya sering dipuji oleh Danel.


Geetha
Kenalan Lili dalam bas sewaktu pulang ke Terengganu 

Siswa tahun pertama jurusan Kejuteraan Awam Universiti Malaya
Anak Letchumi yang ada kedai runcit dan sembuh selepas makan ubat tradisional yang Datuk sediakan.
Menjadi Akrab Dengan Lili. 
Seorang Yang Tepati Janji.


Abang Rashid 

Sering membantu Datuk dan Nenek 
Mengambil Lili di perhentian bas untuk membawa pulang sewaktu Lili pulang ke kampung. 
Mengutip buah dari kebun Datuk 
Belum berkahwin


Ibu Lili 

Suka seni taman ala Bali yang penuh reka bentuk aan tumbuhan 
Tanam herba pembuka selera makan 
Tidak kisah ilmu agama akibat kecuaian Datuk 
Gemar belajar silat. 
Belajar di luar negara 
Menjawat jawatan penting. 

Rafiq Dan Haziq 
Anak remaja berumur belasan tahun. 
Menduduki PMR 
Anak Che Jah yang sering menimbulkan masalah 
Memulas tangan Lili dan menculik Lili 
Menggunakan senjata tajam dan mengacukan di leher Lili 
Berubah sikap menjadi lebih baik. 

Seman

Suami Che Jah 
Kaki judi, berhutang dan minum arak
Melarikan kubah surau 
Seorang yang pemarah dan sering menjadikan Che Jah isterinya dan anak-anaknya Haziq dan Rafiq sebagai tempat melepaskan geram dan marah.
Membelasah Haziq dan Rafiq hingga teruk 
Ditangkap di belakang pondok dusun dan diserahkan kepada pihak berwajib untuk dijalankan pemulihan akidah.
NOVEL JENDELA MENGHADAP JALAN (RUHAINI MATDARIN)

Nilai
Nilai Jati Diri
·         Datuk tetap menganggap perubatan secara tradisional yang diusahakannya selama ini dapat memberikan bantuan perubatan alternatif kepada pesakit yang datang menemuinya.

Nilai Tanggungjawab
·         Penduduk kampung bergotong-royong membantu menyelesaikan masalah kubah surau.

Nilai Prihatin
·         Lili prihatin atas nasib Rafik Dan Haziq kerana berpunca daripada  masalah keluarga yang dihadapi walaupun mereka pernah menculiknya.  Lili menjenguk Che Jah untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang latar belakang Haziq Dan Rafik.
·         Penduduk kampung prihatin terhadap masalah yang berlaku di kampung mereka seperti kecurian, aktiviti haram, rayuan menjual tanah dan sebagainya. Oleh sebab itu mereka berusaha untuk menyelesaikan masalah walaupun ada antaranya menggunakan cara yang tidak sesuai dan salah.

Nilai baik hati
·         Danel sering datang ke rumah nenek untuk membantu nenek memasak. Apatah lagi Danel menganggap masakan nenek memang sedap.
·         Datuk menggunakan kepakarannya untuk membantu orang lain dengan memberikan herba dan akar-akar kayu. Usahanya itu berjaya sebagai cara  alternatif untuk menyembuhkan penyakit selain berubat secara perubatan moden.

Nilai kasih sayang
·         Nenek dan datuk melayan  Lili dengan baik walaupun dahulu ibu Lili tidak mendengar nasihat datuk dan neneknya.
·         Sebagai ketua keluarga, sikap Seman yang tidak menyayangi ahli keluarga amat mengecewakan. Keluarga yang penuh dengan kasih sayang akan menghasilkan keluarga yang bahagia

NOVEL SONGKET BERBENANG EMAS

Nilai - NOVEL SONGKET BERBENANG EMAS

1. Kasih sayang (Lengkapkan contoh bagi nilai kasih sayang) -

i. Kasih sayang anak terhadap ibu bapanya –  

ii. Kasih sayang kakak terhadap adik-adiknya-

iii.Kasih sayang suami terhadap isterinya -

iv. Kasih sayang ibu terhadap anak-anaknya –

v.Kasih sayang bapa terhadap anak-anaknya –

vi.Kasih sayang adik terhadap kakaknya-

vii.Kasih sayang cucu terhadap neneknya-

2. Keberanian - Embong berani membunuh ular sawa yang cuba membelitnya. - Dahlia berani terjun ke dalam sungai untuk menyelamatkan Said. 

3. Setia kawan - Kavita seorang yang setia kawan apabila dia sanggup membuat salinan nota – nota untuk diberikan kepada Dahlia yang kerap tidak hadir ke sekolah kerana masalah keluarganya.

4. Pengorbanan - Dahlia sanggup berkorban demi menjaga adik-adiknya sewaktu emaknya dirawat di hospital. Dia sanggup ponteng sekolah kerana ingin menguruskan adikadiknya dan menjaga adiknya, Anggerik yang sakit. Dahlia juga sanggup keluar dari asrama sedangkan hanya tinggal beberapa bulan lagi sebelum menduduki STPM. - Embong sanggup berkorban bekerja dari pagi hingga malam untuk mencari rezeki.

5. Keikhlasan - Tauke Lim ikhlas membantu keluarga Dahlia tanpa mengharapkan sebarang balasan. - Beliau juga ikhlas memberi hutang kepada keluarga Dahlia. - Beliau ikhlas memberi wang sebanyak RM300 untuk perbelanjaan Dahlia di Universiti Malaya. - Beliau ikhlas memberi sumbangan barang-barang sewaktu sambutan Maulidur Rasul yang diadakan di balai raya. - Haji Sulaiman juga ikhlas membantu keluarga Dahlia.Beliau membantu menghantar Dahlia ke stesen bas untuk ke Univesiti Malaya.

6. Nasihat- menasihati - Haji Sulaiman menasihati penduduk Kampung Parit Haji Rais supaya mengamalkan sikap bekerjasama dan sedia membantu jiran tetangga yang susah. - Cikgu Hisyam menasihati Dahlia agar ke sekolah kerana dia merupakan pelajar yang berpotensi untuk mendapat keputusan yang cemerlang dalam STPM.

7. Kerjasama - Penduduk kampung bekerjasama setelah ditegur oleh Haji Sulaiman. Mereka bekerjasama membina rumah Embong yang roboh dilanda banjir. - Penduduk kampung juga bekerjasama mengumpulkan wang untuk diserahkan kepada Dahlia yang akan melanjutkan pelajaran. - Haji Sulaiman bekerjasama dengan Hospital Batu Pahat untuk merawat Saleha.

8. Perpaduan/ Bersatu padu - Masyarakat di Kampung Parit Haji Rais bersatu padu selepas peristiwa banjir yang melanda kampung mereka. - Walaupun penduduk di Kampung Parit Haji Rais berlainan bangsa tetapi mereka hidup bersatu padu. Tauke Lim sanggup menyumbangkan barang-barang sewaktu sambutan Maulidur Rasul. Beliau juga selesa tinggal di kampung itu walaupun berbangsa Cina.

9. Kegigihan - Dahlia gigih belajar di balai raya sewaktu rumahnya di landa banjir untuk mencapai kejayaan dalam STPM. - Dahlia gigih belajar dengan menyiapkan kerja rumahnya walaupun terpaksa menguruskan adik-adiknya setelah emaknya dimasukkan ke hospital.

10. Ketabahan - Dahlia tabah mengharungi dugaan dalam hidupnya. Dia tabah apabila emaknya sakit dan abahnya dipatuk ular. - Dahlia juga tabah apabila mendapat tahu neneknya mahu menjual tanah tempat tinggal mereka.

 11. Keinsafan - Abu Bakar insaf akan kesalahannya yang suka berfoya-foya dengan rakannya. - Abu Bakar insaf akan kesalahannya yang mencuri kambing abahnya. - Nek Kiah insaf akan kesalahannya yang membenci keluarga Dahlia. Sewaktu Nek Kiah sakit hanya Dahlia dan keluarganya yang menjaga beliau.
MUNSYI
Sinopsis
            Cerpen ini mengisahkan hasrat ‘saya’, seorang anak muda, untuk berhijrah ke kota dihalang oleh bondanya yang bimbang anaknya itu akan terpengaruh oleh budaya-budaya negatif di bandar.  Pada bondanya, ‘saya’ masih belum mantap bahasa ibunda dan jati dirinya.  Menurut bondanya lagi, warga kota sudah hilang nilai-nilai tradisi seperti cinta akan agama, bahasa dan bangsa.  Penjajah telah berjaya menyemai sentimen perkauman dalam kalangan rakyat sehingga pernah tercetusnya pertumpahan darah akibat permusuhan antara kaum.  Oleh itu, bonda menasihatkan ‘saya’ agar memelihara agama, bahasa dan negara supaya terus dihormati dan disegani.  Sebagai seorang warga yang bersifat patriotik, bonda memiliki banyak buku lama yang berkaitan dengan bahasa,dan sejarah.  Buku-buku tersebut selalu ‘saya’ baca. Menurut bonda, asas kegagahan bangsa Melayu terletak pada tiga perkara, iaitu akidah Islam, bahasa Melayu dan kesetiaan pada pemerintah yang adil.
            Setelah ‘saya’ berasa mampu berjuang di kota barulah bonda membenarkannya ke bandar untuk meneruskan kehidupan.  Namun bonda berpesan agar menjaga dua perkara iaitu agama dan bangsa.  Bonda juga mengirimkan sejumlah buku untuk kawan lamanya yang bernama Munsyi melalui ‘saya’.  Apabila tiba di bandar, ‘saya’ menyerahkan buku-buku tersebut pada kawannya itu yang pada pengamatan ‘saya, Munsyi’ merupakan seorang yang sangat mencintai bangsa dan budayanya.  Dia tinggal di tanah rizab Melayu di sebuah perkampungan tradisi di pinggir bandar.  Di bandar, ‘saya’ melihat kaum mudanya telah hilang identiti dan jati diri.  Akibat sibuk bekerja, ‘saya’ tidak bertemu Munsyi.  Suatu hari, ‘saya’ mendapat khabar bahawa perkampungan Munsyi akan dibangunkan dengan pelbagai bangunan mewah dan hotel.  Apabila ‘saya’ mencari Munsyi di kampungnya, jentera-jentera berat sedang merobohkan rumah-rumah di situ.  ‘Saya’ sedih melihat buku-buku lama yang telah ‘saya’ bawa, musnah apabila rumah Munsyi dirobohkan namun Munsyi tidak kelihatan di mana-mana.
Tema
Semangat cinta akan bahasa, agama, bangsa dan budaya yang tersemai dalam jiwa sekumpulan warga negara. 
Contohnya, ibu kerap menasihati ‘saya’ agar memelihara dan cinta akan agama, budaya dan bahasa agar dihormati oleh orang.

Persoalan
  1. Keinginan anak muda berhijrah ke bandar untuk membina kehidupan
Contohnya, ‘saya’ memohon keizinan ibunya untuk berhijrah ke bandar bagi membina kehidupannya seperti kebanyakan remaja yang lain.

  1. Peranan penjajah dalam usaha memecahbelahkan rakyat sesebuah negara.
Contohnya,  pihak penjajah telah menjalankan sistem pecah dan perintah agar agihan kekayaan negara tidak berlaku secara adil hingga menimbulkan
rusuhan kaum akibat rasa tidak puas hati rakyat.

  1. Kegigihan anak muda mempelajari segala ilmu untuk meneruskan kehidupannya.
Contohnya, ‘Saya’ tekun belajar pelbagai ilmu yang berkaitan dengan kehidupan sebelum berhijrah ke bandar.

  1. Ketaatan seorang anak terhadap nasihat ibunya.
‘Saya’ mentaati nasihat ibunya yang tidak membenarkannya berhijrah ke bandar kerana pada pendapat ibunya ‘saya’ masih belum cukup kuat jati diri untuk tinggal di bandar.

  1.  Kebimbangan seorang ibu terhadap anaknya.
Contohnya, ibu keberatan untuk melepaskan ‘saya’ ke bandar kerana bimbang ‘saya’ terpengaruh akan budaya negatif yang terdapat pada remaja di bandar.

Plot
Permulaan
Cerpen dimulakan dengan kisah ‘saya’ tidak diizinkan oleh bondanya berhijrah ke kota kerana bimbang anaknya itu akan hanyut oleh arus hedonism dan modenisme yang melanda anak-anak muda di kota.

Perkembangan
  1. Bonda pernah bercerita pada ‘saya tentang system pemerintahan penjajah yang memecah-belahkan perpaduan rakyat negara ini.
  2. Setelah Negara merdeka, perpecahan tersebut mencetuskan huru-hara kepada negara ini.
  3. Ibu menasihati ‘saya’ agar memelihara agama, bahasa , bangsa dan Negara ini.  ‘Saya’ juga membaca membaca pelbagai buku simpanan bonda untuk memantapkan jati diri dan bahasa ‘saya’
  4. Setelah bonda yakin dengan kemantapan diri ‘saya’ baharulah ‘saya’ dibenarkan berhijrah ke kota untuk membaiki taraf hidup saya.  ‘Saya ‘ dikirimkan buku-buku lama untuk disampaikan kepada sahabat lama bonda iaitu Munsyi.
  5. Di Bandar ,’saya’ dapati anak-anak muda telah hanyut oleh keseronokan hidup dan melupakan nilai-nilai murni dan batas kehidupan.
  6. ‘Saya’ mendengar berita kampung tradisi yang didiami oleh Munsyi akan didirikan pelbagai bangunan mewah dan hotel bertaraf lima bintang.

Klimaks
Aku sampai di perkampungan tradisi itu dan mendapati jentera berat sedang merobohkan rumah-rumah di situ.  Buku-buku pemberian bonda juga turut musnah dalam peristiwa itu tetapi Munsyi tidak ada di situ.

Peleraian
Berhari-hari aku mencari Munsyi tetapi tidak berjumpa.

Teknik Penceritaan

  1. Dialog
“Tuan inikah yang bernama Munsyi, sahabat baik bonda saya.”
  1. Imbas kembali
Saya teringat cerita bonda tentang kota mewah itu yang pernah mencalit sejarah hitam empat dekad lampau.
  1. Imbas muka.
Di kota nanti carilah seorang sahabat lama bonda bernama Munsyi.
  1. Pemerian.
Salam saya akhirnya dijawab oleh seorang lelaki di usia emas dengan janggut putih menutupi sebahagian muka yang putih bersih.  Pakaiannya lengkap dengan tengkolok dan baju melayu bersamping bagaikan seorang maharaja di zaman kesultanan melayu.  Di jari-jemarinya lengkap menggenggam sebilah keris bersarung cantik. 
  1. Kejutan.
Saya mendengar khabar bahawa syarikat perumahan akan mengambil alih kampung tradiri yang didiami oleh Munsyi dengan pelbagai bangunan mewah dan hotel bertaraf lima bintang.
  1. Saspens.
Aku mencari Munsyi tetapi tidak berjumpa.


Watak dan Perwatakan

Watak utama

  1. ‘Saya’
    1. Seorang yang taat
‘Saya’ tidak membantah ketika ibunya melarang dia berhijrah ke bandar.
  1. Seorang yang amanah.
‘Saya’ menyampaikan amanah bondanya iaitu buku-buku yang sepatutnya diserahkan kepada Munsyi ketika ‘saya’ pergi ke bandar.
  1. Seorang yang gemar membaca
‘Saya’ telah mengkaji teks Sejarah Melayu dan Hikayat Hang Tuah serta membaca banyak buku lama milik ibunya.
  1. Seorang yang tidak mudah putus asa
‘Saya’ meminta izin ibunya sekali lagi apabila sudah lebih bersedia untuk tinggal di kota walaupun hasratnya itu pernah ditolak oleh ibunya.

Watak sampingan

  1. Bonda ‘saya’
    1. Seorang yang berpengetahuan luas.
Bonda bercerita kepada ‘saya’ tentang sejarah pahit tanah air.
  1. Seorang yang bersifat patriotik.
Bonda menasihati ‘saya’ agar memelihara agama, bahasa ibunda dan negara.
  1. Seorang yang amat memahami
Bonda mengizinkan ‘saya’ berhijrah apabila didapati anaknya itu sudah mantap ilmu dan jati dirinya.
  1. Munsyi
    1. Kawan lama bonda.
    2. Seorang yang cinta akan budaya Melayu
Munsyi berpakaian tradisi Melayu yang lengkap dengan keris ketika menyambut kedatangan ‘saya’.
  1. Seorang yang mengalu-alukan tetamu.
Munsyi tersenyum dan menjemput ‘saya’ masuk ke rumahnya.

Latar

Latar masa
  1. Zaman pemerintahan penjajah
Penjajah telah memerintah negara menggunakan system pecah dan perintah.
  1. Zaman selepas merdeka
Rakyat sibuk mengejar harta dan pangkat sehingga lupa akan nilai, bahasa dan agama selepas dijajah.

Latar tempat
  1. Di kampung
Pada mulanya, bonda tidak membenarkan ‘saya’ meninggalkan kampung untuk berhijrah ke kota
  1. Di kota
‘Saya’ berhijrah ke kota untuk membina kehidupan yang lebih sempurna.
  1. Di sebuah perkampungan tradisi di pinggir kota
Munsyi tinggal di sebuah rumah yang terletak di sebuah perkampungan tradisi di pinggir kota.
Latar masyarakat
  1. Masyarakat kampung.
‘Saya’ dan bonda tinggal di kampung.
  1. Masyarakat remaja yang tinggal di bandar.
‘Saya’ dapati masyarakat remaja yang tinggal di bandar kebanyakannya telah hanyut oleh keseronokan hidup.
  1. Masyarakat yang mengamalkan demonstrasi untuk menunjukkan bantahan.
Penduduk kampung tradisi mengadakan demonstrasi untuk menunjukkan bantahan mereka terhadap pencerobohan tanah milik mereka oleh pihak berkuasa.
  1. Masyarakat yang cekal dan berani.
Anak-anak bangsa pada zaman dahulu cekal dan berani meneroka hutan untuk dijadikan bandar pelabuhan yang terkenal.

Gaya bahasa
  1. Kata ganda
Zaman- berzaman
  1. Metafora.
Pagar-pagar perkauman, pohon kebenaran, racun perkauman
  1. Peribahasa.
Bahasa jiwa bangsa
  1. Simile
Pakaiannya lengkap dengan tengkolok dan baju melayu bersamping bagaikan seorang maharaja di zaman kesultanan Melayu.
  1. Hiperbola
Namun kerana hasad dengki, khianat, kronisme serta rasuah yang bermaharajalela, kegemilangan yang dibina musnah sekelip mata.

Nilai
  1. Patriotik.
Bonda menasihati ‘saya’ agar sentiasa memelihara bahasa ibunda dan agama.
  1. Ketaatan.
‘Saya’ tidak membantah ketika ibunya melarang dia berhijrah ke bandar.
  1. Kegigihan
Anak-anak bangsa pada zaman dahulu cekal dan berani meneroka hutan untuk dijadikan bandar pelabuhan yang terkenal.
  1.  Amanah.
‘Saya’ menyampaikan amanah bondanya iaitu menyerahkan buku-buku kepada Munsyi ketika ‘saya’ pergi ke bandar.

Pengajaran.
  1. Kita hendaklah taat pada perintah dan larangan ayah dan ibu.
‘Saya’ tidak membantah ketika ibunya melarang dia berhijrah ke bandar
  1. Kita hendaklah gigih apabila melakukan sesuatu pekerjaan.
Anak-anak bangsa pada zaman dahulu cekal dan berani meneroka hutan untuk dijadikan bandar pelabuhan yang terkenal.
  1. Kita hendaklah rajin membaca untuk meningkatkan pengetahuan.
‘Saya’ telah mengkaji teks Sejarah Melayu dan Hikayat Hang Tuah serta membaca banyak buku lama milik ibunya.
  1. Kita tidak boleh mudah putus asa apabila menemui kegagalan.
‘Saya’ meminta izin ibunya sekali lagi apabila sudah lebih bersedia untuk tinggal di kota walaupun hasratnya itu pernah ditolak oleh ibunya.

Soalan
  1. Mengapa bonda tidak membenarkan ‘saya’ berhijrah ke kota?

  1. Gambarkan perwatakan fizikal Munsyi ketika ‘saya’ bertemunya pada kali pertama.

Jawapan
  1. Bonda tidak membenarkan ‘saya’ berhijrah ke bandar kerana pada pendapat bonda ‘saya’ masih belum mantap ilmu agama dan bahasa ibunda.
  2. Salam saya akhirnya dijawab oleh seorang lelaki di usia emas dengan janggut putih menutupi sebahagian muka yang putih bersih.  Pakaiannya lengkap dengan tengkolok dan baju melayu bersamping bagaikan seorang maharaja di zaman kesultanan melayu.  Di jari-jemarinya lengkap menggenggam sebilah keris bersarung cantik.