Tuesday 6 December 2016

Sunday 6 November 2016

Peranan Anak-Anak Untuk Meringankan Beban Kewangan Keluarga

Peranan Anak-Anak Untuk Meringankan Beban Kewangan Keluarga          
                   Semua pihak telah maklum, bahawa sepanjang tahun 2008 hingga hari ini kos sara hidup keluarga adalah terlalu getir. Kegetiran tersebut berpunca daripada suasana ekonomi dunia yang suram. Peningkatan mendadak harga minyak, perubahan suhu dunia, bencana alam, dan krisis bahan makanan cukup menakutkan banyak pihak. Hingga ke hari ini suasana ekonomi dunia masih dalam suasana yang tidak menentu. Banjir besar yang melanda negara-negara pengeluar pertanian seperti Australia, India, dan Cina amat menakutkan kita. Walaupun Malaysia tidak begitu teruk terjejas, namun bahangnya mula dirasakan terutama sekali kepada keluarga yang berada pada garis kemiskinan dengan pendapatan isi rumah di bawah RM2500. Beban kewangan adalah antara fenomena yang teruk dirasai oleh golongan berkenaan. Sehubungan dengan itu, anak-anak hendaklah memahami akan susah payah ibu bapa dengan cara melakukan pelbagai prakarasa agar dapat mengurangkan bebanan kewangan yang ditanggung.
Budaya berjimat cermat ialah senjata yang paling ampuh digunakan apabila berada dalam situasi begini. Langkah tersebut amatlah pragmatik dalam menghadapi suasana darurat dalam rumah tangga. Anak-anak diharap dapat memahami keadaan berat ringan yang ditanggung oleh ibu dan ayah. Prakarsa berjimat yang perlu dilakukan hendaklah bermula dengan amalan yang mudah-mudah terlebih dahulu seperti mengawal penggunaan keperluan asas terutama elektrik dan air. Rata-rata ibu bapa merungut tentang sikap anak-anak mutakhir ini yang dengan sewenang-wenangnya mencurahkan air sesuka hati dan membiarkan lampu dan kipas terpasang ketika tidak diperlukan. Memang benar budaya berjimat cermat itu lunak dibicarakan sebaliknya tidak mudah untuk dipraktikkan, namun segala-galanya adalah berpunca daripada sikap. Contoh yang paling mudah, jikalau kuasa elektrik dijimatkan dan utilitinya di bawah daripada paras RM20 justeru penggunaan domestik tersebut adalah percuama. Inilah sebenarnya hakikat amalan sedikit-sedikit lama-lama menjadi bukit.
Anak-anak yang baik adalah yang prihatin terhadap ibu bapa mereka. Setiap anak tentulah maklum akan kedudukan kewangan keluarga. Oleh itu, anak-anak perlulah menunjukkan rasa simpati terhadap jerih payah ibu bapa bekerja mencari rezeki. Fahamilah akan beratnya tanggungan bak kata peribahasa, seberapa berat mata memandang beratlah lagi bahu yang memikul. Anak-anak seperti ini sudah pasti akan mengamalkan sikap bersederhana dalam hal makan minum, pakaian dan berbelanja sekadar yang perlu sahaja. Amatlah malang sekali apabila ada anak-anak pada era sekarang seakan-seakan tidak mempunyai sikap belas kasihan kepada ibu bapa. Mereka mudah terdorong untuk menuruti gaya hidup rakan-rakan yang lebih mewah. Mereka mendesak dan meminta-meminta sesuatu yang diluar upaya ibu bapa seperti inginkan pakaian yang berjenama dan berselera untuk makan ditempat-tempat yang eksklusif. Sepatutnya, anak-anak hendaklah mengelak daripada sebarang pengaruh dan budaya bermewah-mewah kerana resam hidup, pipit sama pipit dan enggang sesama enggang masakan dapat terbang bersama.
Walaupun bebanan kos hidup semakin meningkat, tetapi dalam sebuah negara seperti Malaysia, peluang untuk memperoleh pendapatan tambahan sentiasa terbuka. Peluang-peluang kerja sambilan seperti pembantu kedai dan berniaga secara kecil-kecilan mudah diperoleh di mana-mana jua. Anak-anak yang baik sudah tentu dapat menghidu peluang tersebut dengan cara melakukan kerja sambilan sewaktu lepas sekolah dan lebih-lebih lagi dalam musim cuti sekolah. Perkara yang penting ialah ketepikan perasaan malu dan malas. Sebenarnya telah banyak teladan yang dapat dikuti daripada ikon-ikon tersohor seperti Tan Seri Syed Mokhtar Al Bukhary, Tan Seri Loh Boon Siew dan Dato Seri Tony Fernandez yang berjaya menjadi konglomerat dengan memulakan peniagaan dari bawah. Oleh itu, langkah yang terpenting setiap anak perlulah mempunyai wawasan dan jiwa yang cekal untuk berjaya ibarat kata tokoh tersohor Sukarno, “Gantunglah cita-citamu di bintang yang tinggi sekalipun kakimu masih mencecahi perlimbahan”.
Bak kata peribahasa, daun boleh melayang jauh getah tetap mengalir ke perdu ialah peribahasa yang menerangkan bahawa, anak-anak yang baik sentiasa kembali kepada induknya. Hal demikian amatlah mustahak dijadikan pedoman oleh anak-anak yang telah menginjak usia dewasa. Mereka ini hendaklah memperlihatkan sikap membalas budi dan bertanggungjawab terhadap ibu bapa. Setelah bertahun-tahun ibu bapa mendidik dan menjaga, apabila sayap sudah penuh kembalilah kepada induk untuk melihat susah payah mereka. Bantulah ibu bapa atas kadar yang terdaya. Janganlah apabila telah besar panjang, ibu bapa langsung tidak dijengah. Adik-adik yang masih kecil perlu dibantu. Malanglah sangat apabila kedapatan anak-anak yang sudah besar remaja tetapi masih bergantung kepada ibu bapa. Oleh itu, berpada-padalah dan sedarlah bahawa setiap kita mempunyai tanggungjawab untuk dilaksanakan. Janganlah bersikap kacang lupakan kulit, ibarat gemuk membuang lemak, cerdik membuang saudara.
Kaya atau miskin, susah mahupun senang adalah menjadi sunnatullah. Semuanya adalah sebahagian daripada ujian Tuhan terhadap hamba-Nya agar tidak mengenal putus asa. Demi berhadapan dengan cabaran kesusahan dan beban hidup, semua orang digalakkan berusaha dengan lebih gigih. Hidup ibarat roda, hari ini di bawah mungkin esok ke atas. Prakara yang paling penting ialah keinginan untuk berusaha dan tidak berputus asa. Peribahasa menyatakan, di mana-mana ada kemahuan di situ ada jalan. Sebagai anak yang sudah besar panjang perlulah mengorak langkah untuk memikirkan sebarang kerja yang dapat meringankan beban ibu bapa. Dalam pada itu, sebagai insan yang tidak putus daripada khaliq-Nya, kita perlu berdoa, bermuhasabah dan bermunajat agar diberikan taufik dan hidayah oleh Allah sehingga terbuka jalan dan ikhtiar. Yakinlah akan firman Allah dengan mafhumnya, “Tuhanmu tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu, melainkan kaum itulah yang mengubah nasib mereka sendir”i. Insya-Allah jikalau kita gigih dan tidak putus memohon petunjuk-Nya, nescaya limpah kurnia dan restu Allah akan tetap bersama-sama kita.
Kesimpulannya, ketika berdepan dengan pelbagai cabaran sebagai kesan daripada krisis kewangan, setiap keluarga tidak boleh mati akal. Ibu bapa hendaklah mendidik anak-anak dengan penuh tanggungjawab, manakala anak-anak perlu faham akan tanggungjawab mereka terhadap ibu bapa. Sikap saling menyokong dan saling memerlukan boleh menjadi jambatan untuk menzahirkan impian, “Rumahku Syurgaku”. Semoga dengan sikap yang sentiasa positif segala masalah akan usai juga akhirnya, ibarat sepanjang-panjang jalan berliku ada penghujungnya

SISI BAHASAKU: ESEI: KEPENTINGAN AMALAN BUDAYA MENABUNG...!

SISI BAHASAKU: ESEI: KEPENTINGAN AMALAN BUDAYA MENABUNG...!: PENDAHULUAN:- Amalan menabung sepatutnya dijadikan budaya sejak anak-anak masih lagi kecil. Melentur buluh biarlah dari rebungnya. Aid...

Thursday 3 November 2016

Wednesday 2 November 2016

BAHASA MELAYU SPM: TATABAHASA

BAHASA MELAYU SPM: TATABAHASA: Kata nama Kata nama adalah golongan kata yang terbahagi kepada dua bahagian yang besar iaitu nama am, nama khas, ganti nama dan nama terbita...

Puan Tuminah Binti Baharom: PERIBAHASA DALAM KARANGAN MENGIKUT TEMA

Puan Tuminah Binti Baharom: PERIBAHASA DALAM KARANGAN MENGIKUT TEMA: PERIBAHASA  DAN TEMA 1. PERANAN ANAK-ANAK MEMBAHAGIAKAN IBU BAPA di mana ada kemahuan, di situ ada jalan Tepuk dada tanya selera A...

Friday 21 October 2016

SISI BAHASAKU: ESEI: KEPENTINGAN HUTAN KEPADA MANUSIA....!

SISI BAHASAKU: ESEI: KEPENTINGAN HUTAN KEPADA MANUSIA....!: PENDAHULUAN:- Mutakhir, kemusnahan hutan berlaku di mana-mana sahaja. Hutan yang merupakan anugerah Tuhan memainkan peranan besar dalam ...

cuit-cuit bahasa: PENULISAN SPM : ISU PELANCONGAN

cuit-cuit bahasa: PENULISAN SPM : ISU PELANCONGAN: TEMA PELANCONGAN 1.          Semasa cuti persekolahan yang lalu, anda berpeluang mengikuti lawatan sambil belajar yang dianjurkan oleh ...

Bijak Tekun: Langkah-Langkah Membanteras Gejala Ponteng Dalam K...

Bijak Tekun: Langkah-Langkah Membanteras Gejala Ponteng Dalam K...: PENDAHULUAN Mutakhir ini gejala ponteng sekolah dalam kalangan pelajar semakin membimbangkan. Gejala ini jika dibiarkan berterusan tanpa ...

cuit-cuit bahasa: Penulisan 3 : Langkah-langkah menjaga nama baik ib...

cuit-cuit bahasa: Penulisan 3 : Langkah-langkah menjaga nama baik ib...: LATIHAN 3 (DIMENSI DIRI) Salah satu cara yang boleh dilakukan oleh anak-anak untuk menggembirakan ibu bapa adalah dengan menjaga nama bai...

Bijak Tekun: Langkah-Langkah Menggalakkan Amalan Gotong-Royong ...

Bijak Tekun: Langkah-Langkah Menggalakkan Amalan Gotong-Royong ...: PENDAHULUAN Gotong-royong telah menjadi amalan turun-temurun masyarakat Melayu. Kehidupan mereka tidak dapat lari daripada semangat t...

cuit-cuit bahasa: Penulisan 1 : Usaha Membantu Rakan

cuit-cuit bahasa: Penulisan 1 : Usaha Membantu Rakan: Dimensi Diri Latihan  1: Seorang rakan anda telah terlibat dengan gejala sosial yang serius sehingga rakan anda itu mengabaikan pelajar...

SISI BAHASAKU: ESEI: CIRI REMAJA BERWAWASAN...!

SISI BAHASAKU: ESEI: CIRI REMAJA BERWAWASAN...!: PENDAHULUAN:- Remaja berwawasan ialah remaja yang mempunyai matlamat yang jelas dalam kehidupannya. Mereka meletakkan sesuatu target yan...

SISI BAHASAKU: ESEI: CINTAILAH SUNGAI KITA....!

SISI BAHASAKU: ESEI: CINTAILAH SUNGAI KITA....!: PENDAHULUAN:- Sungai merupakan pembekal sumber air kepada manusia. Melalui sungai manusia dapat minum, mandi dan mencuci pakaian. Sunga...

Friday 7 October 2016

SPM TRIAL PAPER: Usaha-usaha memajukan industri desa

SPM TRIAL PAPER: Usaha-usaha memajukan industri desa: Industri desa yang juga dikenali sebagai industri kecil ataupun industri tradisional merupakan antara industri yang berperanan ke arah penja...

Sunday 2 October 2016

BLOG CIKGU ZAINAFSIAH: FAEDAH-FAEDAH MEMPELAJARI SENI PERTAHANAN DIRI

BLOG CIKGU ZAINAFSIAH: FAEDAH-FAEDAH MEMPELAJARI SENI PERTAHANAN DIRI:            SILAT GAYONG           [AR] Dalam menongkah arus perdana pada alaf ini, seni pertahanan diri memainkan peranan yang sangat...

Thursday 29 September 2016

ILHAMku: FOKUS KARANGAN BM 2013 _ koleksi kedua

ILHAMku: FOKUS KARANGAN BM 2013 _ koleksi kedua: FOKUS KARANGAN BM SPM 2013 _ koleksi kedua 1)   Sektor pelancongan merupakan salah satu industri perkhidmatan terpenting di negara...

Laman Bahasa Melayu SPM: TEMA PILIHAN SOALAN KARANGAN SPM ( SOALAN NEGERI 2...

Laman Bahasa Melayu SPM: TEMA PILIHAN SOALAN KARANGAN SPM ( SOALAN NEGERI 2...: TEMA PILIHAN:-   A.  REMAJA ( Karangan Berfokus Diri)** Perlu penggunaan ganti nama ...

Mari Belajar Bahasa Melayu: Anda telah berkunjung ke pameran komputer di sebua...

Mari Belajar Bahasa Melayu: Anda telah berkunjung ke pameran komputer di sebua...: Pada hujung minggu yang lepas, saya dan ayah telah berpeluang berkunjung ke pameran komputer yang dianjurkan oleh PIKOM di MITC. Perjalana...

SPM TRIAL PAPER: Usaha-usaha memajukan industri desa

SPM TRIAL PAPER: Usaha-usaha memajukan industri desa: Pada masa ini industri desa semakin berkembang di negara kita. Pelbagai produk industri desa telah dipasarkan untuk keperluan masyarakat. U...

CIKGU ROSIAH OTHMAN: Karangan Kraftangan di Malaysia

CIKGU ROSIAH OTHMAN: Karangan Kraftangan di Malaysia:   KUPASAN KARANGAN EMPAT UNSUR TEMA INDUSTRI KRAFTANGAN   Soalan : Industri kraftangan seperti anyaman bakul, ukiran tangan dan membuat wau...

Contoh Karangan Pmr: Karangan Pendapat-Usaha Memajukan Industri Kraf Ta...

Contoh Karangan Pmr: Karangan Pendapat-Usaha Memajukan Industri Kraf Ta...: USAHA-USAHA MEMAJUKAN INDUSTRI KRAF TANGAN          Kera di hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan , pepatah Melayu ini meru...

KARANGAN SPM - CIKGU RASHID LEWAN - 2014 : KARANGANLangkah-langkah untuk memajukan industr...

KARANGAN SPM - CIKGU RASHID LEWAN - 2014 :


KARANGANLangkah-langkah untuk memajukan industr...
: KARANGAN Langkah-langkah untuk memajukan industri desa di Malaysia Pada zaman ledakan sains dan teknologi in...

Contoh Karangan Pmr: Karangan Pendapat-Usaha Memajukan Industri Kraf Ta...

Contoh Karangan Pmr: Karangan Pendapat-Usaha Memajukan Industri Kraf Ta...: USAHA-USAHA MEMAJUKAN INDUSTRI KRAF TANGAN          Kera di hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan , pepatah Melayu ini meru...

Tuesday 20 September 2016

Mari Belajar Bahasa Melayu: CONTOH JAWAPAN-KARANGAN PENDAPAT(NO.5-PEP.PERCUBAA...

Mari Belajar Bahasa Melayu: CONTOH JAWAPAN-KARANGAN PENDAPAT(NO.5-PEP.PERCUBAA...: Sektor pelancongan banyak memberi faedah kepada negara. Tuliskan pendapat anda. Kini,ekonomi negara Malaysia banyak bergantung kepada indus...

contoh-contoh karangan spm: USAHA-USAHA MENINGKATKAN INDUSTRI PELANCONGAN DI M...

contoh-contoh karangan spm: USAHA-USAHA MENINGKATKAN INDUSTRI PELANCONGAN DI M...: Di Malaysia, industri pelancongan merupakan salah satu punca pendapatan negara yang diperoleh melalui pengaliran masuk wang asing. Malaysia...

Teratak Ilmu3: CERPEN "MUTIARA BONDA"

Teratak Ilmu3: CERPEN "MUTIARA BONDA":   Mohd. Harraz bin Lebai Sidi atau "adik" ialah dugaan besar terhadap kesabaran seorang ibu. Sebagai anak tunggal lelaki yan...

SISI BAHASAKU: SAJAK: ORANG TUA...!

SISI BAHASAKU: SAJAK: ORANG TUA...!: Nampakkah kau wanita tua di tepi jalan mukanya comot rambutnya kusut membawa bersamanya beg using berjalan ke sana ke mari tanpa suatu ...

Teratak Ilmu3: SAJAK "ORANG TUA"

Teratak Ilmu3: SAJAK "ORANG TUA": Genre sastera:   Puisi moden Penulis:   Puspa Rani a/p Munusamy Bilangan rangkap:   4 Sumber ambilan:   Antologi Harga Sebuah Lu...

Catatan Si Cikgu BM: Cerpen Mutiara Bonda (Osman Ayob) KOMSAS Tingkatan...

Catatan Si Cikgu BM: Cerpen Mutiara Bonda (Osman Ayob) KOMSAS Tingkatan...: Sinopsis Mohd. Harraz (adik) ialah ‘mutiara bonda’. Dia dibelai dengan limpahan kasih sayang, diasuh untuk menjadi seorang  yang berbu...

Catatan Si Cikgu BM: Cerpen Mutiara Bonda (Osman Ayob) KOMSAS Tingkatan...

Catatan Si Cikgu BM: Cerpen Mutiara Bonda (Osman Ayob) KOMSAS Tingkatan...: Sinopsis Mohd. Harraz (adik) ialah ‘mutiara bonda’. Dia dibelai dengan limpahan kasih sayang, diasuh untuk menjadi seorang  yang berbu...

Friday 16 September 2016

SISI BAHASAKU: ESEI: FAEDAH BELAJAR KUMPULAN...!

SISI BAHASAKU: ESEI: FAEDAH BELAJAR KUMPULAN...!: KARANGAN BAHAGIAN A (30 markah) D alam zaman yang penuh persaingan ini, para pelajar sentiasa berusaha melengkapkan diri dengan pelbaga...

Thursday 8 September 2016

Fun Crayons EduSpace: Ulang Kaji Bahasa Malaysia PT3 - Latihan Ayat Tung...

Fun Crayons EduSpace: Ulang Kaji Bahasa Malaysia PT3 - Latihan Ayat Tung...: Assalamu'alaikum dan salam sejahtera. Tertera di bawah ialah latihan berkenaan ayat tunggal dan ayat majmuk untuk kalian jadikan sebaga...

MARI BELAJAR: Ayat Majmuk dan Ayat Tunggal

MARI BELAJAR: Ayat Majmuk dan Ayat Tunggal: Arahan : Tuliskan `Ayat Majmuk’ atau ~Ayat Tunggal   pada ayat yangs sesuai. Ibu sedang memasak nasi di dapur.                       ...

Friday 19 August 2016

yusapd: BLOG PENGAJIAN AM CIKGU MOHD KARIZAM: Karangan : K...

yusapd: BLOG PENGAJIAN AM CIKGU MOHD KARIZAM: Karangan : K...: BLOG PENGAJIAN AM CIKGU MOHD KARIZAM: Karangan : Kebaikan : Pendahuluan        Pada masa ini, penggunaan laman sosial melalui internet a...

Latihan Tatabahasa-Pola Ayat

Tatabahasa (Pola Ayat Dasar)
Nota
Pola Ayat Dasar dalam Bahasa Melayu dapat dipecahkan kepada 4 pola ( berdasarkan predikat ayat), iaitu :
i. Frasa Nama + Frasa Nama (FN + FN)
Cikgu Faridah guru Bahasa Melayu kelas kami.

ii. Frasa Nama + Frasa Kerja (FN + FK)
Kami sedang belajar Bahasa Melayu bersama cikgu Faridah.

iii. Frasa Nama + Frasa Adjektif (FN + FA)
Cikgu Faridah baik hati.

iv. Frasa Nama + Frasa Sendi Nama ( FN + FS)
Pejabat saya di Kuala Lumpur.

Latihan
Nyatakan pola ayat dasar bagi setiap ayat di bawah.

i. Bunga itu sungguh cantik dan berbau harum.

ii. Jam tangan itu untuk emak sempena hari lahirnya.

iii. Pelajar kelas 5 Budiman sedang mengulangkaji pelajaran.

iv. Kucing peliharaan saya bernama Si Comel.

v. Adik saya sangat comel dan manja.

vi. Kami sekeluarga akan ke Kuala Lumpur hujung minggu ini.






Latihan 1 :
Nyatakan pola ayat dasar bagi setiap ayat di bawah.
1. Pemuda itu sedang menari.

2. Encik Zahid seorang jurutera.

3. Cikgu Latifah guru bahasa Melayu kami

4. Rumah saya di Taman Johor Jaya.

5. Kakak saya sedang membaca buku.

6. Kasut Ali sudah buruk

Latihan 2 ;
Nyatakan pola ayat dasar bagi setiap ayat di bawah.
1. Penyanyi itu jiran saya.

2. Nasi lemak Mak Minah sangat sedap

3. Emak sedang menanak nasi di dapur

4. Pokok itu pokok rambutan

5. Dewan sekolah saya sangat besar.

6. Baju saya berwarna merah hati.



Latihan 3 :
Nyatakan pola ayat dasar bagi setiap ayat di bawah.
1. Tulisan Nabil sangat kemas.

2. Rumah Ahsan rumah batu.

3. Kampung datuk Afiq di Pasir Gudang

4. Bapa Naim seorang guru.

5. Syazwan dan Akmal sedang berbual-bual

Watak Utama Novel Songket Berbenang Emas



Dahlia

Anak sulung dan harapan keluarga. Dia mempunyai lima orang adik

Seorang yang bakal menduduki STPM

Pelajar  di  Sekolah  Menengah  Kebangsaan  Temenggung Ibrahim (Ting.  6)  dan Sekolah Menengah Tun Ismail (Ting.1 – Ting.5)

Tertekan dengan masalah yang menimpa keluarganya

Seorang yang bijak. Cikgu Hisyam yakin Dahlia akan cemerlang dalam STPM. Dahlia  merupakan  pelajar  harapan  sekolah.  Dahlia mendapat  tawaran untuk melanjutkan pelajaran di Jepun.

Hidup dalam suasana kemiskinan. Selalu berhutang dengan Tauke Lim.

Ibunya menghidap penyakit kemurungan.

Bapanya dipatuk ula.

Seorang  yang  tidak  sombong. Dia melayan  Aton  yang  menyindirnya ketika dihantar pulang oleh Azhari.

Seorang  yang  taat  akan  perintah  Allah. Buktinya dia berdoa selepas  sembahyang  Isyak.

Seorang yang penyayang. Dia sanggup keluar dari asrama untuk menguruskan adik-adiknya.

Seorang  yang  menghormati  tetamu  –memberi  layanan  yang  baik kepada tetamu menghidangkan air walaupun neneknya tidak suka akan keluarganya. Dia juga  menghidangkan  air  bujang  ketika  Kavita  dan Najib  berkunjung  ke rumahnya.

Seorang  yang  menjaga  tatasusila  budaya. Dahlia akur  kepada budaya  Melayu yang melarang keras perbuatan membantah kata-kata orang tua.

Seorang  yang  berani.   Dahlia  terjun  ke  dalam  sungai  untuk menyelamatkan Said.

Seorang yang berjiwa kuat dan mampu menghadapi setiap dugaan.

Seorang yang bertanggungjawab. Dahlia bertanggungjawab menjaga makan minum abah dan adik-adiknya setelah emaknya dirawat di hospital.

Watak Perwatakan Novel Jendela Menghadap Jalan



 Watak Utama
 

Lili 
Lepasan sekolah menengah 
Tidak gembira pulang ke kampung datuk dan neneknya 
Berpura-pura menjaga hari ibunya 
Rajin membaca buku panduan pemakanan sayur-sayuran dan buah-buahan 
Akur cakap orang tua 
Suka berkawan dan peramah 
Menjadi teman baik Geetha 
Cepat bersimpati dengan orang lain iaitu Haziq dan Rafiq anak Che Jah yang nakal, 
Prihatin dan meminta bantuan Kak Hamimah supaya mengambil tindakan terhadap suami Che Jah yang melakukan jenayah keganasan rumah tangga 
Mesra dengan Danel dan sama-sama berbincang untuk pembinaan masjid baru di kampungnya itu.


Watak Sampingan 
  Datuk (Haji Abdul Rahman) 
Pakar akar kayu dan ubat tradisional  
Jadi sumber rujukan masalah kesihatan penduduk kampung
Berjaya sembuhkan Letchumi daripada sakit teruk dengan herba yang dibuat oleh Datuk     
Ajar Lili ilmu kegamaan
Menguji Lili dengan ilmu agama
Sayang akan pekerjaannya mengumpulkan akar kayu
Berjaya mengislamkan William
Dahulu orang mendengar cakap Datuk tetapi sekarang tidak
Berumur 70 tahun
Rajin beribadat, solat, zikir dengan tasbih
Rajin membaca kitab
Berjaya mengubati lima orang dari Kuala Lumpur menggunakan herba
Tidak balik malam kerana mencari herba Di hutan
Pandai mengurut (mengurut Danel)


Danel
Anak William
Jelaskan isu pembinaan kubah surau
Jelaskan kebaikan rawatan moden
Berhujah dengan berhemah supaya Datuk tidak berkecil hati
Percaya perubatan moden
Akrab Dengan Datuk
Menulis artikel tentang buah pisang di Tenom Sabah
Sering membantu Nenek memasak
Memasak menggunakan pisang
Bantu menyelamatkan Lili daripada diculik.


Nenek (Hajah Aisyan Tan Abdullah)
Kurang yakin dengan ubat tradisional yang Datuk sediakan
Isteri kepada Datuk
Percaya pantang larang (terbalikkan semua cermin untuk terbalikkan mata kilat)
Bakar kulit bawang putih untuk bau harum dalam rumah
Suka menyindir Datuk tentang ubat tradisional.
Pandai memasak dan masakannya sering dipuji oleh Danel.


Geetha
Kenalan Lili dalam bas sewaktu pulang ke Terengganu 

Siswa tahun pertama jurusan Kejuteraan Awam Universiti Malaya
Anak Letchumi yang ada kedai runcit dan sembuh selepas makan ubat tradisional yang Datuk sediakan.
Menjadi Akrab Dengan Lili. 
Seorang Yang Tepati Janji.


Abang Rashid 

Sering membantu Datuk dan Nenek 
Mengambil Lili di perhentian bas untuk membawa pulang sewaktu Lili pulang ke kampung. 
Mengutip buah dari kebun Datuk 
Belum berkahwin


Ibu Lili 

Suka seni taman ala Bali yang penuh reka bentuk aan tumbuhan 
Tanam herba pembuka selera makan 
Tidak kisah ilmu agama akibat kecuaian Datuk 
Gemar belajar silat. 
Belajar di luar negara 
Menjawat jawatan penting. 

Rafiq Dan Haziq 
Anak remaja berumur belasan tahun. 
Menduduki PMR 
Anak Che Jah yang sering menimbulkan masalah 
Memulas tangan Lili dan menculik Lili 
Menggunakan senjata tajam dan mengacukan di leher Lili 
Berubah sikap menjadi lebih baik. 

Seman

Suami Che Jah 
Kaki judi, berhutang dan minum arak
Melarikan kubah surau 
Seorang yang pemarah dan sering menjadikan Che Jah isterinya dan anak-anaknya Haziq dan Rafiq sebagai tempat melepaskan geram dan marah.
Membelasah Haziq dan Rafiq hingga teruk 
Ditangkap di belakang pondok dusun dan diserahkan kepada pihak berwajib untuk dijalankan pemulihan akidah.
NOVEL JENDELA MENGHADAP JALAN (RUHAINI MATDARIN)

Nilai
Nilai Jati Diri
·         Datuk tetap menganggap perubatan secara tradisional yang diusahakannya selama ini dapat memberikan bantuan perubatan alternatif kepada pesakit yang datang menemuinya.

Nilai Tanggungjawab
·         Penduduk kampung bergotong-royong membantu menyelesaikan masalah kubah surau.

Nilai Prihatin
·         Lili prihatin atas nasib Rafik Dan Haziq kerana berpunca daripada  masalah keluarga yang dihadapi walaupun mereka pernah menculiknya.  Lili menjenguk Che Jah untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang latar belakang Haziq Dan Rafik.
·         Penduduk kampung prihatin terhadap masalah yang berlaku di kampung mereka seperti kecurian, aktiviti haram, rayuan menjual tanah dan sebagainya. Oleh sebab itu mereka berusaha untuk menyelesaikan masalah walaupun ada antaranya menggunakan cara yang tidak sesuai dan salah.

Nilai baik hati
·         Danel sering datang ke rumah nenek untuk membantu nenek memasak. Apatah lagi Danel menganggap masakan nenek memang sedap.
·         Datuk menggunakan kepakarannya untuk membantu orang lain dengan memberikan herba dan akar-akar kayu. Usahanya itu berjaya sebagai cara  alternatif untuk menyembuhkan penyakit selain berubat secara perubatan moden.

Nilai kasih sayang
·         Nenek dan datuk melayan  Lili dengan baik walaupun dahulu ibu Lili tidak mendengar nasihat datuk dan neneknya.
·         Sebagai ketua keluarga, sikap Seman yang tidak menyayangi ahli keluarga amat mengecewakan. Keluarga yang penuh dengan kasih sayang akan menghasilkan keluarga yang bahagia

NOVEL SONGKET BERBENANG EMAS

Nilai - NOVEL SONGKET BERBENANG EMAS

1. Kasih sayang (Lengkapkan contoh bagi nilai kasih sayang) -

i. Kasih sayang anak terhadap ibu bapanya –  

ii. Kasih sayang kakak terhadap adik-adiknya-

iii.Kasih sayang suami terhadap isterinya -

iv. Kasih sayang ibu terhadap anak-anaknya –

v.Kasih sayang bapa terhadap anak-anaknya –

vi.Kasih sayang adik terhadap kakaknya-

vii.Kasih sayang cucu terhadap neneknya-

2. Keberanian - Embong berani membunuh ular sawa yang cuba membelitnya. - Dahlia berani terjun ke dalam sungai untuk menyelamatkan Said. 

3. Setia kawan - Kavita seorang yang setia kawan apabila dia sanggup membuat salinan nota – nota untuk diberikan kepada Dahlia yang kerap tidak hadir ke sekolah kerana masalah keluarganya.

4. Pengorbanan - Dahlia sanggup berkorban demi menjaga adik-adiknya sewaktu emaknya dirawat di hospital. Dia sanggup ponteng sekolah kerana ingin menguruskan adikadiknya dan menjaga adiknya, Anggerik yang sakit. Dahlia juga sanggup keluar dari asrama sedangkan hanya tinggal beberapa bulan lagi sebelum menduduki STPM. - Embong sanggup berkorban bekerja dari pagi hingga malam untuk mencari rezeki.

5. Keikhlasan - Tauke Lim ikhlas membantu keluarga Dahlia tanpa mengharapkan sebarang balasan. - Beliau juga ikhlas memberi hutang kepada keluarga Dahlia. - Beliau ikhlas memberi wang sebanyak RM300 untuk perbelanjaan Dahlia di Universiti Malaya. - Beliau ikhlas memberi sumbangan barang-barang sewaktu sambutan Maulidur Rasul yang diadakan di balai raya. - Haji Sulaiman juga ikhlas membantu keluarga Dahlia.Beliau membantu menghantar Dahlia ke stesen bas untuk ke Univesiti Malaya.

6. Nasihat- menasihati - Haji Sulaiman menasihati penduduk Kampung Parit Haji Rais supaya mengamalkan sikap bekerjasama dan sedia membantu jiran tetangga yang susah. - Cikgu Hisyam menasihati Dahlia agar ke sekolah kerana dia merupakan pelajar yang berpotensi untuk mendapat keputusan yang cemerlang dalam STPM.

7. Kerjasama - Penduduk kampung bekerjasama setelah ditegur oleh Haji Sulaiman. Mereka bekerjasama membina rumah Embong yang roboh dilanda banjir. - Penduduk kampung juga bekerjasama mengumpulkan wang untuk diserahkan kepada Dahlia yang akan melanjutkan pelajaran. - Haji Sulaiman bekerjasama dengan Hospital Batu Pahat untuk merawat Saleha.

8. Perpaduan/ Bersatu padu - Masyarakat di Kampung Parit Haji Rais bersatu padu selepas peristiwa banjir yang melanda kampung mereka. - Walaupun penduduk di Kampung Parit Haji Rais berlainan bangsa tetapi mereka hidup bersatu padu. Tauke Lim sanggup menyumbangkan barang-barang sewaktu sambutan Maulidur Rasul. Beliau juga selesa tinggal di kampung itu walaupun berbangsa Cina.

9. Kegigihan - Dahlia gigih belajar di balai raya sewaktu rumahnya di landa banjir untuk mencapai kejayaan dalam STPM. - Dahlia gigih belajar dengan menyiapkan kerja rumahnya walaupun terpaksa menguruskan adik-adiknya setelah emaknya dimasukkan ke hospital.

10. Ketabahan - Dahlia tabah mengharungi dugaan dalam hidupnya. Dia tabah apabila emaknya sakit dan abahnya dipatuk ular. - Dahlia juga tabah apabila mendapat tahu neneknya mahu menjual tanah tempat tinggal mereka.

 11. Keinsafan - Abu Bakar insaf akan kesalahannya yang suka berfoya-foya dengan rakannya. - Abu Bakar insaf akan kesalahannya yang mencuri kambing abahnya. - Nek Kiah insaf akan kesalahannya yang membenci keluarga Dahlia. Sewaktu Nek Kiah sakit hanya Dahlia dan keluarganya yang menjaga beliau.
MUNSYI
Sinopsis
            Cerpen ini mengisahkan hasrat ‘saya’, seorang anak muda, untuk berhijrah ke kota dihalang oleh bondanya yang bimbang anaknya itu akan terpengaruh oleh budaya-budaya negatif di bandar.  Pada bondanya, ‘saya’ masih belum mantap bahasa ibunda dan jati dirinya.  Menurut bondanya lagi, warga kota sudah hilang nilai-nilai tradisi seperti cinta akan agama, bahasa dan bangsa.  Penjajah telah berjaya menyemai sentimen perkauman dalam kalangan rakyat sehingga pernah tercetusnya pertumpahan darah akibat permusuhan antara kaum.  Oleh itu, bonda menasihatkan ‘saya’ agar memelihara agama, bahasa dan negara supaya terus dihormati dan disegani.  Sebagai seorang warga yang bersifat patriotik, bonda memiliki banyak buku lama yang berkaitan dengan bahasa,dan sejarah.  Buku-buku tersebut selalu ‘saya’ baca. Menurut bonda, asas kegagahan bangsa Melayu terletak pada tiga perkara, iaitu akidah Islam, bahasa Melayu dan kesetiaan pada pemerintah yang adil.
            Setelah ‘saya’ berasa mampu berjuang di kota barulah bonda membenarkannya ke bandar untuk meneruskan kehidupan.  Namun bonda berpesan agar menjaga dua perkara iaitu agama dan bangsa.  Bonda juga mengirimkan sejumlah buku untuk kawan lamanya yang bernama Munsyi melalui ‘saya’.  Apabila tiba di bandar, ‘saya’ menyerahkan buku-buku tersebut pada kawannya itu yang pada pengamatan ‘saya, Munsyi’ merupakan seorang yang sangat mencintai bangsa dan budayanya.  Dia tinggal di tanah rizab Melayu di sebuah perkampungan tradisi di pinggir bandar.  Di bandar, ‘saya’ melihat kaum mudanya telah hilang identiti dan jati diri.  Akibat sibuk bekerja, ‘saya’ tidak bertemu Munsyi.  Suatu hari, ‘saya’ mendapat khabar bahawa perkampungan Munsyi akan dibangunkan dengan pelbagai bangunan mewah dan hotel.  Apabila ‘saya’ mencari Munsyi di kampungnya, jentera-jentera berat sedang merobohkan rumah-rumah di situ.  ‘Saya’ sedih melihat buku-buku lama yang telah ‘saya’ bawa, musnah apabila rumah Munsyi dirobohkan namun Munsyi tidak kelihatan di mana-mana.
Tema
Semangat cinta akan bahasa, agama, bangsa dan budaya yang tersemai dalam jiwa sekumpulan warga negara. 
Contohnya, ibu kerap menasihati ‘saya’ agar memelihara dan cinta akan agama, budaya dan bahasa agar dihormati oleh orang.

Persoalan
  1. Keinginan anak muda berhijrah ke bandar untuk membina kehidupan
Contohnya, ‘saya’ memohon keizinan ibunya untuk berhijrah ke bandar bagi membina kehidupannya seperti kebanyakan remaja yang lain.

  1. Peranan penjajah dalam usaha memecahbelahkan rakyat sesebuah negara.
Contohnya,  pihak penjajah telah menjalankan sistem pecah dan perintah agar agihan kekayaan negara tidak berlaku secara adil hingga menimbulkan
rusuhan kaum akibat rasa tidak puas hati rakyat.

  1. Kegigihan anak muda mempelajari segala ilmu untuk meneruskan kehidupannya.
Contohnya, ‘Saya’ tekun belajar pelbagai ilmu yang berkaitan dengan kehidupan sebelum berhijrah ke bandar.

  1. Ketaatan seorang anak terhadap nasihat ibunya.
‘Saya’ mentaati nasihat ibunya yang tidak membenarkannya berhijrah ke bandar kerana pada pendapat ibunya ‘saya’ masih belum cukup kuat jati diri untuk tinggal di bandar.

  1.  Kebimbangan seorang ibu terhadap anaknya.
Contohnya, ibu keberatan untuk melepaskan ‘saya’ ke bandar kerana bimbang ‘saya’ terpengaruh akan budaya negatif yang terdapat pada remaja di bandar.

Plot
Permulaan
Cerpen dimulakan dengan kisah ‘saya’ tidak diizinkan oleh bondanya berhijrah ke kota kerana bimbang anaknya itu akan hanyut oleh arus hedonism dan modenisme yang melanda anak-anak muda di kota.

Perkembangan
  1. Bonda pernah bercerita pada ‘saya tentang system pemerintahan penjajah yang memecah-belahkan perpaduan rakyat negara ini.
  2. Setelah Negara merdeka, perpecahan tersebut mencetuskan huru-hara kepada negara ini.
  3. Ibu menasihati ‘saya’ agar memelihara agama, bahasa , bangsa dan Negara ini.  ‘Saya’ juga membaca membaca pelbagai buku simpanan bonda untuk memantapkan jati diri dan bahasa ‘saya’
  4. Setelah bonda yakin dengan kemantapan diri ‘saya’ baharulah ‘saya’ dibenarkan berhijrah ke kota untuk membaiki taraf hidup saya.  ‘Saya ‘ dikirimkan buku-buku lama untuk disampaikan kepada sahabat lama bonda iaitu Munsyi.
  5. Di Bandar ,’saya’ dapati anak-anak muda telah hanyut oleh keseronokan hidup dan melupakan nilai-nilai murni dan batas kehidupan.
  6. ‘Saya’ mendengar berita kampung tradisi yang didiami oleh Munsyi akan didirikan pelbagai bangunan mewah dan hotel bertaraf lima bintang.

Klimaks
Aku sampai di perkampungan tradisi itu dan mendapati jentera berat sedang merobohkan rumah-rumah di situ.  Buku-buku pemberian bonda juga turut musnah dalam peristiwa itu tetapi Munsyi tidak ada di situ.

Peleraian
Berhari-hari aku mencari Munsyi tetapi tidak berjumpa.

Teknik Penceritaan

  1. Dialog
“Tuan inikah yang bernama Munsyi, sahabat baik bonda saya.”
  1. Imbas kembali
Saya teringat cerita bonda tentang kota mewah itu yang pernah mencalit sejarah hitam empat dekad lampau.
  1. Imbas muka.
Di kota nanti carilah seorang sahabat lama bonda bernama Munsyi.
  1. Pemerian.
Salam saya akhirnya dijawab oleh seorang lelaki di usia emas dengan janggut putih menutupi sebahagian muka yang putih bersih.  Pakaiannya lengkap dengan tengkolok dan baju melayu bersamping bagaikan seorang maharaja di zaman kesultanan melayu.  Di jari-jemarinya lengkap menggenggam sebilah keris bersarung cantik. 
  1. Kejutan.
Saya mendengar khabar bahawa syarikat perumahan akan mengambil alih kampung tradiri yang didiami oleh Munsyi dengan pelbagai bangunan mewah dan hotel bertaraf lima bintang.
  1. Saspens.
Aku mencari Munsyi tetapi tidak berjumpa.


Watak dan Perwatakan

Watak utama

  1. ‘Saya’
    1. Seorang yang taat
‘Saya’ tidak membantah ketika ibunya melarang dia berhijrah ke bandar.
  1. Seorang yang amanah.
‘Saya’ menyampaikan amanah bondanya iaitu buku-buku yang sepatutnya diserahkan kepada Munsyi ketika ‘saya’ pergi ke bandar.
  1. Seorang yang gemar membaca
‘Saya’ telah mengkaji teks Sejarah Melayu dan Hikayat Hang Tuah serta membaca banyak buku lama milik ibunya.
  1. Seorang yang tidak mudah putus asa
‘Saya’ meminta izin ibunya sekali lagi apabila sudah lebih bersedia untuk tinggal di kota walaupun hasratnya itu pernah ditolak oleh ibunya.

Watak sampingan

  1. Bonda ‘saya’
    1. Seorang yang berpengetahuan luas.
Bonda bercerita kepada ‘saya’ tentang sejarah pahit tanah air.
  1. Seorang yang bersifat patriotik.
Bonda menasihati ‘saya’ agar memelihara agama, bahasa ibunda dan negara.
  1. Seorang yang amat memahami
Bonda mengizinkan ‘saya’ berhijrah apabila didapati anaknya itu sudah mantap ilmu dan jati dirinya.
  1. Munsyi
    1. Kawan lama bonda.
    2. Seorang yang cinta akan budaya Melayu
Munsyi berpakaian tradisi Melayu yang lengkap dengan keris ketika menyambut kedatangan ‘saya’.
  1. Seorang yang mengalu-alukan tetamu.
Munsyi tersenyum dan menjemput ‘saya’ masuk ke rumahnya.

Latar

Latar masa
  1. Zaman pemerintahan penjajah
Penjajah telah memerintah negara menggunakan system pecah dan perintah.
  1. Zaman selepas merdeka
Rakyat sibuk mengejar harta dan pangkat sehingga lupa akan nilai, bahasa dan agama selepas dijajah.

Latar tempat
  1. Di kampung
Pada mulanya, bonda tidak membenarkan ‘saya’ meninggalkan kampung untuk berhijrah ke kota
  1. Di kota
‘Saya’ berhijrah ke kota untuk membina kehidupan yang lebih sempurna.
  1. Di sebuah perkampungan tradisi di pinggir kota
Munsyi tinggal di sebuah rumah yang terletak di sebuah perkampungan tradisi di pinggir kota.
Latar masyarakat
  1. Masyarakat kampung.
‘Saya’ dan bonda tinggal di kampung.
  1. Masyarakat remaja yang tinggal di bandar.
‘Saya’ dapati masyarakat remaja yang tinggal di bandar kebanyakannya telah hanyut oleh keseronokan hidup.
  1. Masyarakat yang mengamalkan demonstrasi untuk menunjukkan bantahan.
Penduduk kampung tradisi mengadakan demonstrasi untuk menunjukkan bantahan mereka terhadap pencerobohan tanah milik mereka oleh pihak berkuasa.
  1. Masyarakat yang cekal dan berani.
Anak-anak bangsa pada zaman dahulu cekal dan berani meneroka hutan untuk dijadikan bandar pelabuhan yang terkenal.

Gaya bahasa
  1. Kata ganda
Zaman- berzaman
  1. Metafora.
Pagar-pagar perkauman, pohon kebenaran, racun perkauman
  1. Peribahasa.
Bahasa jiwa bangsa
  1. Simile
Pakaiannya lengkap dengan tengkolok dan baju melayu bersamping bagaikan seorang maharaja di zaman kesultanan Melayu.
  1. Hiperbola
Namun kerana hasad dengki, khianat, kronisme serta rasuah yang bermaharajalela, kegemilangan yang dibina musnah sekelip mata.

Nilai
  1. Patriotik.
Bonda menasihati ‘saya’ agar sentiasa memelihara bahasa ibunda dan agama.
  1. Ketaatan.
‘Saya’ tidak membantah ketika ibunya melarang dia berhijrah ke bandar.
  1. Kegigihan
Anak-anak bangsa pada zaman dahulu cekal dan berani meneroka hutan untuk dijadikan bandar pelabuhan yang terkenal.
  1.  Amanah.
‘Saya’ menyampaikan amanah bondanya iaitu menyerahkan buku-buku kepada Munsyi ketika ‘saya’ pergi ke bandar.

Pengajaran.
  1. Kita hendaklah taat pada perintah dan larangan ayah dan ibu.
‘Saya’ tidak membantah ketika ibunya melarang dia berhijrah ke bandar
  1. Kita hendaklah gigih apabila melakukan sesuatu pekerjaan.
Anak-anak bangsa pada zaman dahulu cekal dan berani meneroka hutan untuk dijadikan bandar pelabuhan yang terkenal.
  1. Kita hendaklah rajin membaca untuk meningkatkan pengetahuan.
‘Saya’ telah mengkaji teks Sejarah Melayu dan Hikayat Hang Tuah serta membaca banyak buku lama milik ibunya.
  1. Kita tidak boleh mudah putus asa apabila menemui kegagalan.
‘Saya’ meminta izin ibunya sekali lagi apabila sudah lebih bersedia untuk tinggal di kota walaupun hasratnya itu pernah ditolak oleh ibunya.

Soalan
  1. Mengapa bonda tidak membenarkan ‘saya’ berhijrah ke kota?

  1. Gambarkan perwatakan fizikal Munsyi ketika ‘saya’ bertemunya pada kali pertama.

Jawapan
  1. Bonda tidak membenarkan ‘saya’ berhijrah ke bandar kerana pada pendapat bonda ‘saya’ masih belum mantap ilmu agama dan bahasa ibunda.
  2. Salam saya akhirnya dijawab oleh seorang lelaki di usia emas dengan janggut putih menutupi sebahagian muka yang putih bersih.  Pakaiannya lengkap dengan tengkolok dan baju melayu bersamping bagaikan seorang maharaja di zaman kesultanan melayu.  Di jari-jemarinya lengkap menggenggam sebilah keris bersarung cantik.