Watak Utama Novel Songket Berbenang Emas
Dahlia
Anak sulung dan harapan keluarga. Dia mempunyai lima orang adik
Seorang yang bakal menduduki STPM
Pelajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Temenggung Ibrahim (Ting. 6) dan Sekolah Menengah Tun Ismail (Ting.1 – Ting.5)
Tertekan dengan masalah yang menimpa keluarganya
Seorang yang bijak. Cikgu Hisyam yakin Dahlia akan cemerlang dalam STPM. Dahlia merupakan pelajar harapan sekolah. Dahlia mendapat tawaran untuk melanjutkan pelajaran di Jepun.
Hidup dalam suasana kemiskinan. Selalu berhutang dengan Tauke Lim.
Ibunya menghidap penyakit kemurungan.
Bapanya dipatuk ula.
Seorang yang tidak sombong. Dia melayan Aton yang menyindirnya ketika dihantar pulang oleh Azhari.
Seorang yang taat akan perintah Allah. Buktinya dia berdoa selepas sembahyang Isyak.
Seorang yang penyayang. Dia sanggup keluar dari asrama untuk menguruskan adik-adiknya.
Seorang yang menghormati tetamu –memberi layanan yang baik kepada tetamu menghidangkan air walaupun neneknya tidak suka akan keluarganya. Dia juga menghidangkan air bujang ketika Kavita dan Najib berkunjung ke rumahnya.
Seorang yang menjaga tatasusila budaya. Dahlia akur kepada budaya Melayu yang melarang keras perbuatan membantah kata-kata orang tua.
Seorang yang berani. Dahlia terjun ke dalam sungai untuk menyelamatkan Said.
Seorang yang berjiwa kuat dan mampu menghadapi setiap dugaan.
Seorang yang bertanggungjawab. Dahlia bertanggungjawab menjaga makan minum abah dan adik-adiknya setelah emaknya dirawat di hospital.
No comments:
Post a Comment